YAGI 3 ELEMENT -40 KAKI DI ATAS TOWER TELESCOPIC
YAGI SEMASA DIUJI
Pada Sabtu, 8 Januari 2011, sekitar pukul 6.10 petang sekali dalam cuaca yang mendung, aku dapat QSO dengan satu station dari German iaitu DL5RBW(5,7). Aku tidak sempat berQSO dengan dua station dari Russia iaitu RK9DJ dan RW9CG kerana mereka sedang berQSO.
Ini membuktikan bahawa antena yagi memang power kerana sebelum ini aku dapati ramai hams samada di dalam atau luar negara suka menggunakan yagi. Setelah mencuba sendiri baru aku tahu kebolehannya. Sebelum ini aku menggunakan Delta Loop(homebrew) yang dibuat sendiri yang terbukti performancenya memang bagus. Tapi dalam keadaan propagasi yang tidak berapa baik dengan suasana hujan, terbukti antena yagi mempunyai kelebihan. Ia mampu mencapai apa yang tidak dapat dicapai oleh Delta Loop. Satu lagi yang ku dapati ialah yagi 3 Element tidaklah begitu sempit(narrow) pancarannya.kerana kedudukan yagiku ditetapkan ke arah barat laut, namun aku dapat berQSO dengan station dari Tanah Arab, India dan juga Eropah dalam 5,3,-5,5 dan 5,7). Ini menunjukkan yagi 3 element mudah digunakan dan luas "coverage" dia walaupun ia merupakan beam antena.
Sebenarnya tidaklah susah sangat nak buat antena yagi ini. Cuma yang pasti rajin mencuba dan ada kemahuan. Walaupun rakan hams seluruh dunia sudah mencuba antena yagi ini berpuluh tahun dulu, tapi aku bangga walaupun baru hari ini tahun 2011 aku baru membuatnya. Ia merupakan satu ilmu baru bagi diriku dan satu kejayaan dalam dunia radioku. Kalau rakan-rakan hams nak mencuba boleh contact saya.
salam,
ReplyDeletetahniah cikgu...memang yagi adalah antenna yang paling sesuai untuk aktiviti dxing sebab gain (db) dia yang tinggi serta noise yang kurang. Selamat meneroka dunia tanpa sempadan ini dengan 3 element anda...
de 9m2zak