MY QSL CARD

MY QSL CARD

Thursday, November 11, 2010

RADIO AMATUR SATU HOBI DAN SATU KEPERLUAN

       Sejak akhir-akhir ini peminat-peminat radio amatur semakin ramai. Ini dapat dilihat melalui pertambahan bilangan calon yang menduduki peperiksaan RAE.  Sebenarnya radio amatur atau pun HAM'S ini telah lama popular di Eropah, Amerika  Syarikat, Thailand, Indonesia dan lain lain negara. Cuma di Malaysia saja ia makin terserlah.  Kita dapat lihat di merata tempat ada orang menggunakan radio komunikasi samada sebagai hobi ataupun bidang pekerjaan. Ini menunjukkan keperluan yang semakin dikenali kerana menjimat kos dan mudah berbanding.
       Sehubungan itu bagi peminat-peminat radio amatur, wujudlah pelbagai kelab dan persatuan yang menjadi organisasi menyatukan peminat-peminat HAM'S.   Ini satu kebaikan  walaupun terdapat pelbagai masalah yang timbul dalam berpersatuan. Biasalah itu lumrah kehidupan. Namun yang penting dan perlu diingat, ia suatu hobi dan keseronokan.
       Bagi saya yang agak lama terlibat dalam penggunaan radio komunikasi (UHFdanHF) ia merupakan suatu keperluan sebelum ia menjadi suatu hobi yang digilai.  Memandangkan saya telah terlibat dengan Pengakap lebih dari 25 tahun maka dapat dikatakan dalam setiap aktiviti pengakap  radio komunikasi memainkan peranan penting. Saya mengenali radio amatur melalui Pengakap.  Aktiviti camping, pengembaraan, JOTA dan lain-lain amat memerlukan radio komunikasi.  Bermula dengan Handy Motorola GP300 banyak aktiviti yang telah dijalankan. Sehingga hari ini  JOTA Pengakap terus diadakan setiap tahun.
Dari Pengakaplah minat terhadap HAM'S radio telah meracuni jiwa saya untuk menjadi seorang HAM'S OPRATOR dan mula mendalami ilmu radio amatur.
               " SELAMAT MAJU JAYA DAN TERUS PERJUANGAN HAM'S RADIO"

No comments:

Post a Comment