MY QSL CARD

MY QSL CARD

Thursday, November 11, 2010

ANTENA COLLINEAR

  Sejak mula mendalami radio amatur saya amat berminat dengan penghasilan (hombrew) antena. Pelbagai antena VHF dan UHF seperti J-Pole, Slim Jim, Double J-Pole, astra, Yagi, vertical telah dibuat sendiri dibuat percubaan. Namun bagi kedudukan base saya antena homebrew (VHF) yang terbaik ialah antena collinear yang dapat melangkaui simplex dengan jarak yang jauh. Dari base saya dengan antena collinear ketinggian 55 kaki saya dapat berkomunikasi simplex(5 watt) dengan rakan-rakan di Taiping, Alor Setar, Baling.  Setakat ini saya telah bersimplex ke selatan hingga ke Kampung Gajah, Ipoh, Utara ke Padang Besar, Kangar, timur ke Grik dan paling jauh dalam sejarah ke Kota Bharu, Kelantan. Bukan tujuan saya untuk memuji diri tetapi inilah hasil dari percubaan-percubaan saya dengan pelbagai jenis antena homebrew.(jangan dibanding dengan antena comercial seperti V2/4 atau F2/3). Namun collinear hampir menyamai V2/4.   Setakat ini lebih dari 400 buah antena ini telah dibuat untuk rakan-rakan ham's di seluruh Semenanjung Malaysia. Antena collinear juga merupakan antena dualband iaitu bagi VHF dan UHF.  Satu kepuasan hasil tangankita sendiri.  Itulah Ham's radio, sanggup menghabiskan wang dana masa untuk hobi yang digilai.

1 comment: