MY QSL CARD

MY QSL CARD

Saturday, January 8, 2011

YAGI 3 ELEMENT KU

      YAGI 3 ELEMENT -40 KAKI DI ATAS TOWER TELESCOPIC

YAGI SEMASA DIUJI

 Jumaat,7 Januari 2011 mencatat satu lagi sejarah dalam dunia ham ku. Setelah antena yagi 3 elemen yang ku buat sendiri hasil rujukan dari internet dan bertanya rakan ham yang senior, maka pada hari ini aku telah berjaya QSO dengan VU2DSI dari India, A41OO dari Oman dengan RST 5,9. Aku juga dapat monitor station dari Budapest, Hungry(5,4), Arab Saudi HZ1BL(5,5) dan station dari Afrika Selatan(5,3) dalam suasana cuaca hujan renyai-renyai dari QTH di Penaga, Butterworth.
     Pada Sabtu, 8 Januari 2011, sekitar pukul 6.10 petang sekali dalam cuaca yang mendung, aku dapat QSO dengan satu station dari German iaitu DL5RBW(5,7). Aku tidak sempat berQSO dengan dua station dari Russia iaitu RK9DJ dan RW9CG kerana mereka sedang berQSO.
     Ini membuktikan bahawa antena yagi memang power kerana sebelum ini aku dapati ramai hams samada di dalam atau luar negara suka  menggunakan yagi. Setelah mencuba sendiri baru aku tahu kebolehannya. Sebelum ini aku menggunakan Delta Loop(homebrew) yang dibuat sendiri yang terbukti performancenya memang bagus.  Tapi dalam keadaan  propagasi yang tidak berapa baik dengan suasana hujan, terbukti antena yagi mempunyai kelebihan. Ia mampu mencapai apa yang tidak dapat dicapai oleh Delta Loop.  Satu lagi yang ku dapati ialah yagi 3 Element tidaklah begitu sempit(narrow) pancarannya.kerana kedudukan yagiku ditetapkan ke arah barat laut, namun aku dapat berQSO dengan station dari Tanah Arab, India dan juga Eropah dalam 5,3,-5,5 dan 5,7).  Ini menunjukkan yagi 3 element mudah digunakan dan luas "coverage" dia walaupun ia merupakan beam antena.
     Sebenarnya tidaklah susah sangat nak buat antena yagi ini. Cuma yang pasti rajin mencuba dan ada kemahuan. Walaupun rakan hams seluruh dunia sudah mencuba antena yagi ini berpuluh tahun dulu,  tapi aku bangga walaupun baru hari ini tahun 2011 aku baru membuatnya. Ia merupakan satu  ilmu baru bagi diriku dan satu kejayaan dalam dunia radioku. Kalau rakan-rakan hams nak mencuba boleh contact saya.

1 comment:

  1. salam,
    tahniah cikgu...memang yagi adalah antenna yang paling sesuai untuk aktiviti dxing sebab gain (db) dia yang tinggi serta noise yang kurang. Selamat meneroka dunia tanpa sempadan ini dengan 3 element anda...
    de 9m2zak

    ReplyDelete