MY QSL CARD

MY QSL CARD

SIMPLE ANTENNAS - MY HOMEBREWS

        Saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan hams terutama yang baru tentang antenna.  Antena-antena ini  saya telah buat dan gunakan setelah bertanya pada orang lama  dan cari dari internet.   Sebenarnya terdapat banyak panduan mengenai membuat antenna boleh didapati daripada internet, namun kadangkala sukar untuk difahami.  Jadi saya ingin memudahkan rakan-rakan yang ingin mencuba membuat antenna sendiri .  Antenna-antena ini telah di bengkelkan oleh rakan-rakan hams Kepala Batas.    Sebenarnya mudah saja buat antenna ini. Cuma perlu sikit masa dan peralatan.  Aluminium boleh dibeli di kedai aluminium di Chai Lyen Park, Chain Ferry, S.Perai Utara, Datuk Keramat Aluminium, George Town dan Taman Kempas, Sungai Petani.    



                                 ANTENA J-POLE (VHF)
                                                  
        Antena paling mudah.  Guna tiub aluminium 4mm atau 5mm atau 6mm.  Kalau ada “bender” (alat pembengkok) boleh bengkok jadi separa bulat dekat bawah tu memang cantik(ini yang terbaik).  Kalau tak ada, potong  3 bahagian sambung dengan rod di dalam tiub  pun boleh.  Janji ukuran tak lari.   Lepas tu  guna wayar RG 58, yang serabut lekat pada 16cm dan yang tunggal lekat pada 18cm.  Set pada radio Frekuensi mana nak(144-148), Test SWR, adjust naik turun 2 wayar tadi. Guna low power 5watt dulu , dah OK SWR,  up power 20watt, adjust lagi sampai SWR cantik.  Gantung guna idea sendiri.  OK siap satu antenna mudah
*Perhatian : Bagi antenna J-Pole terdapat banyak ukuran, ada yang panjangdan ada yang pendek.(lebih kurang aje).  Ini salah satu dari ukuran yang telah berjaya dibuat.



                              ANTENA SLIM JIM (VHF)



Satu lagi antenna mudah iaitu Slim Jim.  Guna aluminium 4mm.  Kalau ada “bender” bengkokkan sudut bawah dan di atas  2 inci jadi separa bulat (cantik). Kalau tak ada potong sambung dengan rod.  Keseluruhan ukuran dari A ke B adalah 120.5 inci.  Kosongkan ruang A-B. Boleh sambung dengan paip PVC atau apa saja bagi kukuh.  Lekat wayar RG58- 6 inci dari bawah lengkungan. Wayar tunggal  pada C dan serabut pada D. Set Frekunsi adjust SWR naik- turun sampai cantik SWR macam J-Pole tadi. Siap satu lagi antenna.  Untuk memegang antenna boleh guna paip PVC atau apa saja.

·         Antena juga boleh di buat menggunakan wayar AWG16 ( wayar wiring lampu kereta atau wayar wiring letrik (1.5mm/2.5mm) . Buat rangka seperti ukuran di atas menggunakan paip PVC.  Lekatkan wayar AWG 16 ke rangka paip tadi dengan cable tide/tape.( ikut ukuran 120.5 inci.)






ANTENA DIPOLE FULLWAVE - G5RV (ALLBANDS HF)
(tunjuk ajar 9M2SO)
      Antena ini mudah dibuat. Kita perlukan wayar wiring letrik sepanjang 102kaki (sebelah kanan 51kaki  dan sebelah kiri 51 kaki).  Wayar ini disambungkan kepada Tape Wire (wayar TV lama yang pepeh) sepanjang 34 kaki. Seterusnya sambungkan kepada wayar RG59 atau wayar TV satelit/ASTRO- 70ohm. ( tiada sukatan, ikut jarak ke radio).
       * Peringatan : Harus menggunakan TUNER untuk setiap bands yang hendak digunakan



    ANTENA DIPOLE HALFWAVE - G5RV (ALLBANDS HF)
                                       (tunjuk ajar 9M2MZ)
  Antena ini sama seperti di atas cuma kita kurangkan panjang wayarnya iaitu kita hanya perlukan 51 kaki wayar wiring letrik.(sebelah kanan 25.5 kaki  dan sebelah kiri 25.5 kaki).  Wayar ini disambungkan kepada Tape Wire (wayar TV lama yang pepeh) sepanjang 14 kaki. Seterusnya sambungkan kepada wayar RG58 biasa. ( tiada sukatan, ikut jarak ke radio).
       * Peringatan : Harus menggunakan TUNER untuk setiap bands yang hendak digunakan




ANTENA DELTA LOOP (HF MONOBAND 10METER)
(tunjuk ajar dari 9M2ZM)


       Antena Delta Loop monoband 10M ini menggunakan wayar wiring letrik juga. Kita memerlukan wayar sepanjang 36kaki. Wayar ini dijadikan bentuk segitiga.  Perlu menggunakan TUNER untuk adjust SWRnya. Kita perlu adjust bentuk segitiga itu samada labuh/singkat, panjang/pendek untuk Fine Tune SWRnya kerana antena ini dibuat tanpa balun.








           SLOPING DIAMONDS ANTENNA(HF ALLBANDS)
                                   (tunjuk ajar 9M2 MZ)

      Antena ini boleh dibuat daripada pelbagai wayar juga seperti antena-antena HF yang lain.  Kita Perlu wayar sepanjang 142 kaki dan dibuat bentuk segiempat bujur. Wayar RG 58 disambung pada penghujung bucu segiempat dan boleh di adjust ke atas ke bawah. Jika di Tune pada 14 Mhz. antena ini tidak memerlukan tuner. Jika tidak perlu menggunakan TUNER untuk setiap bands.