Pages

Sunday, November 28, 2010

MINAT DAN KEGIGIHAN PEMINAT RADIO AMATUR

    Keputusan peperiksaan RAE sudah keluar. Tahniah kepada yang berjaya dan cuba lagi bagi yang gagal.
RAE atau peperiksaan radio amatur semakin menjadi terkenal sekarang. Ramai orang mula kenal  dengan RAE baik yang tua ataupun muda.  Ada yang sekali cuba dah lulus dan ada yang berkali dan berkali-kali cuba baru lulus. Malah ada yang masih belum lulus.  Ada yang masih ingin terus mencuba dan tidak kurang pula yang dah 'frust'.
    Satu yang tidak dapat dinafikan, bahawa Hobi Radio Amatur telah menghantui ramai orang, dari dahulu hingga hari ini semakin bercambah.  Kata orang 'tak kenal maka tak cinta' , ' dah kenal jadi gile'.  Namun yang menarik untuk direnungi ialah semangat serta ketabahan peminat radio amatur ini.  Mereka sanggup menduduki RAE, bukan sahaja orang muda malah pakcik-pakcik yang dah pencen pun ada.  Mereka ini datang dari pelbagai latarbelakang ada kakitangan kerajaan, ada pekerja swasta, ada petani, ada nelayan dan macam macam orang.  Heran heran.  .
    Dulu RAE dalam bahasa Inggeris, tak lah seramai ini, tapi apabila diadakan dalam Bahasa Melayu semakin ramai.  Malah MCMC pun adakan RAE 3 kali setahun.  Baguslah beri peluang kepada semua orang untuk bermain radio. Dulu boleh dikatakan orang yang main radio ni golongan elit dan berada dan pandai berbahasa Inggeris saya. Tapi sekarang ia menjadi hobi untuk semua orang macam di negara lain seperti Indonesia, Thailand, Amerika , Eropah dan lain-lain.
    Saya amat mengkagumi rakan-rakan saya yang begitu tekad mengambil RAE semata-mata nak main radio. Kalau yang "educated" atau kerja kerajaan tu tak heran sangat.  Ada nelayan, petani, kerja kampung yang giat menghadiri kelas dan satu yang saya "respect" ialah sanggup baca buku.  Kalau suruh baca buku lain "tobat"  tak mau dia, tapi main dengan radio sanggup baca buku, belajar tentang elektronik, undang-undang, SOP, hadir bengkel. Gille gile. Itulah penangan RADIO.  Ada kawan saya sambil dok bawa KABUTOR dok hafal ALPHA, BRAVO,CHARLIE.  Ada sorang kerja  nelayan, lepas labuh pukat dok hafal RAE punya soalan.  Hebat-hebat. Akhirnya mereka ni  berjaya dapat lesen. Namun ada kawan, kerja cikgu pun tak lulus, nasib, nasib.  Itulah ketekunan rakan-rakan mengambil RAE.  Maka ramailah group group radio berselerak di seluruh negara, samada di bandar mahupun di kampung-kampung.
      Lepas dah lama main radio ni mungkin ramai pula yang akan cuba ambil  CW lak. tunggu dan lihatlah. Dunia semakin maju, manusia tidak statik. Sesungguhnya Radio Amatur satu hobi yang best yang digilai.
Kepada yang belum mencuba, try le.

       Selamat maju jaya rakan rakan Hams dan bagi yang baru lulus RAE selamat menempuhi alam  9W2/9W6/9W8.

No comments:

Post a Comment