Keputusan peperiksaan RAE sudah keluar. Tahniah kepada yang berjaya dan cuba lagi bagi yang gagal.
RAE atau peperiksaan radio amatur semakin menjadi terkenal sekarang. Ramai orang mula kenal dengan RAE baik yang tua ataupun muda. Ada yang sekali cuba dah lulus dan ada yang berkali dan berkali-kali cuba baru lulus. Malah ada yang masih belum lulus. Ada yang masih ingin terus mencuba dan tidak kurang pula yang dah 'frust'.
Satu yang tidak dapat dinafikan, bahawa Hobi Radio Amatur telah menghantui ramai orang, dari dahulu hingga hari ini semakin bercambah. Kata orang 'tak kenal maka tak cinta' , ' dah kenal jadi gile'. Namun yang menarik untuk direnungi ialah semangat serta ketabahan peminat radio amatur ini. Mereka sanggup menduduki RAE, bukan sahaja orang muda malah pakcik-pakcik yang dah pencen pun ada. Mereka ini datang dari pelbagai latarbelakang ada kakitangan kerajaan, ada pekerja swasta, ada petani, ada nelayan dan macam macam orang. Heran heran. .
Dulu RAE dalam bahasa Inggeris, tak lah seramai ini, tapi apabila diadakan dalam Bahasa Melayu semakin ramai. Malah MCMC pun adakan RAE 3 kali setahun. Baguslah beri peluang kepada semua orang untuk bermain radio. Dulu boleh dikatakan orang yang main radio ni golongan elit dan berada dan pandai berbahasa Inggeris saya. Tapi sekarang ia menjadi hobi untuk semua orang macam di negara lain seperti Indonesia, Thailand, Amerika , Eropah dan lain-lain.
Saya amat mengkagumi rakan-rakan saya yang begitu tekad mengambil RAE semata-mata nak main radio. Kalau yang "educated" atau kerja kerajaan tu tak heran sangat. Ada nelayan, petani, kerja kampung yang giat menghadiri kelas dan satu yang saya "respect" ialah sanggup baca buku. Kalau suruh baca buku lain "tobat" tak mau dia, tapi main dengan radio sanggup baca buku, belajar tentang elektronik, undang-undang, SOP, hadir bengkel. Gille gile. Itulah penangan RADIO. Ada kawan saya sambil dok bawa KABUTOR dok hafal ALPHA, BRAVO,CHARLIE. Ada sorang kerja nelayan, lepas labuh pukat dok hafal RAE punya soalan. Hebat-hebat. Akhirnya mereka ni berjaya dapat lesen. Namun ada kawan, kerja cikgu pun tak lulus, nasib, nasib. Itulah ketekunan rakan-rakan mengambil RAE. Maka ramailah group group radio berselerak di seluruh negara, samada di bandar mahupun di kampung-kampung.
Lepas dah lama main radio ni mungkin ramai pula yang akan cuba ambil CW lak. tunggu dan lihatlah. Dunia semakin maju, manusia tidak statik. Sesungguhnya Radio Amatur satu hobi yang best yang digilai.
Kepada yang belum mencuba, try le.
Selamat maju jaya rakan rakan Hams dan bagi yang baru lulus RAE selamat menempuhi alam 9W2/9W6/9W8.
Pages
▼
Sunday, November 28, 2010
Sunday, November 14, 2010
PENINGKATAN DALAM HIDUP
LATARBELAKANGKU
Penulisan dan pandangan peribadi ini ditulis untuk renungan rakan-rakan yang melawati blog ini dan bukan bertujuan untuk mengaitkan sesiapa, mengguris hati sesiapa jauh sekali mahu membangga diri, riak, takbur terhadap apa yang saya lalui dalam kehidupan ini. Saya bertugas sebagai seorang Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum, bertugas di Sek. Men. Keb. Bagan Jaya, Butterworth, Pulau Pinang(sejak 1999) dan berpengalaman lebih 20 tahun di bidang pendidikan serta terlibat secara langsung dalam badan NGO / berpersatuan ingin berkongsi pengalaman saya perihal peningkatan dalam kehidupan.
Saya di lahirkan dalam keluarga yang sederhana, ayah saya seorang ustaz dan ibu seorang surirumah (kedua-dua telah meninggal dunia 10 tahun yang lalu). Ayah saya berasal dari keluarga yang susah dan ramai adik beradik. Ayah terpaksa belajar sambil bekerja untuk menyara adik beradik. Dari seorang guru agama kampung, akhirnya ayah saya berjaya menjadi guru tetap di sekolah kerajaan. Pengalaman hidup ayah telah membuatkannya amat mementingkan pelajaran dan mendidik anak-anaknya agar mementingkan pelajaran. Ayah, seorang guru sanggup bermotosikal sahaja hanya kerana mahu memberikan tumpuan perbelanjaan kepada kebajikan pelajaran anak-anak. Akhirnya adik beradik saya seramai 6 orang berjaya (4 orang ke universiti(guru) dan seorang juruteknik telekom). Itu semua berkat pengorbanan ibu dan ayah dan keazaman yang tinggi . Semasa kecil saya pernah membantu ayah mengerjakan sawah padi, menjual kuih yang dibuat oleh ibu saya semasa di sekolah rendah (tahun 1970an) dan belajar pendawaian elektrik semasa di tingkatan 4 dan masih melakukan kerja ini sehingga sekarang. Saya juga pernah 6 tahun menjual Char Kueh Teow di tepi jalan dan membuat catering secara kecil-kecilan.. Saya tidak pernah jemu mempelajari dan melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan faedah. Pengalaman-pengalaman itu merupakan suatu bunga kehidupan yang menarik dalam hidup saya.
PENDIDIKAN
Bagi diri saya, pengalaman telah membuat saya kuat keazaman untuk terus berjaya dan meningkat dalam kehidupan. Bermula sebagai guru maktab di posting ke kawasan pendalaman (akhir tahun 80an) Ulu Jelai, Kuala Lipis, Pahang ,mengajar orang asli telah mengajar saya erti kehidupan dan keazaman. Setelah kembali ke kampung di Penaga, Kepala Batas, S.Perai dan melanjutkan pelajaran ke USM, Pulau Pinang hingga ke peringkat ijazah Master dan terus menjadi guru. Semangat mendidik anak bangsa terus bersemarak di jiwa hingga ke hari ini. Bagi saya apa yang di ceburi harus mencapai ke peringkat tertinggi yang termampu. Keazaman serta semangat ingin berjaya harus kuat di dalam sanubari kita biar pun apa bidang.
BERPERSATUAN
Saya aktif dalam bidang pengakap dan memegang pelbagai jawatan sejak berusia 18 tahun serta menghadiri pelbagai kursus peningkatan hingga ke peringkat tertinggi Jurulatih Antarabangsa(4 beaders) dan sehingga sekarang masih memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Daerah Butterworth. Segala selok belok, pahit maung,dengki mendengki, kata mengata, "politik" berpersatuan dan bangun jatuh dalam berpersatuan telah masak dalam jiwa jiwa saya. Namun dalam setiap perlakuan dan hubungan kita dengan individu/masyakarat saya berpegang kepada pesan arwah ayah saya iaitu " buat baik pun orang kata, buat jahat lagi orang kata". Buatlah kerja kerana Allah (Lillahita'ala), jauhi segala sikap negatif atau sikap orang tu tak kena, orang ni tak kena, yang kena kita aja, condem orang tu condem orang ni. Jauhilah segala penyakit negatif ini. Orang buat biarkan, kita jangan buat. Nescaya kita berjaya di dunia dan di akhirat.
DUNIA HAM'S
Sebenarnya dunia ham's bukan baru bagi saya kerana sejak awal tahun 1980an lagi saya telah diperkenalkan dengan radio komunikasi semasa JOTA pengakap. Pengakap Pulau Pinang sudah terkenal lebih dari 50 tahun dalam menganjurkan JOTA pengakap dan sejak itu dalam setiap aktiviti pengakap kami menggunakan radio. Namun di awal tahun 2004 barulah saya tertarik ingin mendalami berkenaan ham's radio secara mendalam. Selepas belajar bersama rakan-rakan pengakap, saya dan beberapa orang rakan pengakap telah menduduki RAE dan lulus lesen kelas 'B'. Sejak itu saya terus aktif dalam ham's radio ,terutama Komuniti Ham's Radio Kepala Batas. Saya mula belajar tentang radio, antena dan pelbagai berkaitan radio Amatur, namun ilmu itu terlalu luas dan masih banyak yang perlu dipelajari terutama dari orang-orang lama. Saya mula belajar buat perlbagai antena homebrew yang diambil dari internet atau dipelajari, malah saya membuat tower saya sendiri, belajar peteri dan kerja-kerja besi.
Saya dapati di dalam radio amatur juga terdapat banyak kelab, persatuan serta komuniti di setiap daerah. Saya ingin berkawan dan ber QSO dengan semua ahli dalam setiap kelab itu atas semangat Ham's . Itu suatu perkembangan yang baik untuk peminat-peminat radio amatur dan seperti yang saya katakan di awal tadi pelbagai fenomena dalam berpersatuan itu. Cuma yang perlu diingat main radio satu hobi bertujuan mencari kawan bukan bermusuh. Namun yang pasti kita perlu mendalami bidang radio itu dengan baik, berQSO dengan baik, betul serta tidak bertujuan atau berniat negatif. Barulah tercapai tujuan bermain radio yang sebenar. Kita faham dalam bermain radio pun ada bermacam-macam kategori, ada orang suka monitor, ada orang suka berQSO, ada orang suka aktiviti luar dan pelbagai. Hormati setiap minat orang sebagaimana kita mahu orang hormat minat kita kerana Tuhan jadikan manusia itu pelbagai sifat fizikal, mental, tingkahlaku serta kebolehan.
MENDALAMI HF
Di akhir tahun 2009 saya mula mendalami bidang HF selepas diadakan bengkel HF anjuran rakan Hams Kepala Batas. Saya membeli set Yaesu FT897 dan sering monitor, setelah yakin barulah saya mencuba berQSO di 10m. Memang menyeronokkan, satu pengalaman baru, namun banyak harus dipelajari dari rakan-rakan lama. Terima kasih kepada 9M2SO, 9M2ZM, 9M2GET dan 9W2DI yang banyak memberi tunjuk ajar. Sekarang saya telah mempertingkatkan kemahiran radio saya daripada UHF, VHF ke HF. Ini satu lagi peningkatan dalam tahap kehidupan saya. Saya mula membuat antena HF homebrew iaitu Delta Loop, Vertical dan G5RV untuk berQSO. Timbullah semangat mahu mencuba serta belajar benda baru. Biasalah orang baru mesti ada kesilapan dalam berQSO. Namun kita tidak boleh berputus asa. Pelajari dan terus mencuba. Mana ada dalam dunia ni orang yang perfect. Orang yang lama main radio pun begitu juga, mereka belajar dari kesilapan serta pengalaman. Mereka pun baru, kemudian jadi lama, ada yang main radio secara lanun sebelum dapat lesen. Yang penting kita jangan lupa zaman lampau kita dulu dan jangan bersikap sombong atau lupa daratan jika sudah mencapai ke tahap yang lebih tinggi. Bagi orang baru seperti saya kita harus menerima teguran yang baik dari sesiapa sahaja dan bagi rakan-rakan lama cara menegur juga penting agar tidak mengguris hati orang lain. Baru semangat ukhuwah dan hams tercapai.
MASALAH BERBAHASA INGGERIS
Beralih semula ke HF, saya ada mengajak rakan-rakan saya di komuniti Kepala Batas agar mencuba HF di 10m dan 6m yang dibenarkan bagi lesen kelas 'B'. Ramai daripada mereka menolak dengan alasan tidak pandai berbahasa Inggeris. Saya jelaskan kepada mereka, belajarlah sikit-sikit, pelan-pelan bahasa QSO yang mudah, lama-lama kita akan pandai. Contohnya penarik beca di Pulau Pinang bukan ngaji tinggi pun, tetapi hasil pengalaman membawa pelancong asing, mereka mahir berbahasa Inggeris, walaupun bukan dengan grammar yang betul. Tidak salah belajar dan mencuba. Selama berQSO di 10m ni saya dapati bahasa Inggeris hams dari China, Jepun, Afrika, Arab, Brazil malah di negara Eropah yang bukan Bahasa ibunda bahasa Inggeris, bukannya betul sangat grammarnya. Malah ada yang menulis dan membaca apa yang hendak dikatakan semasa ber QSO itu berulangkali setiap kali berQSO dengan mana-mana station. Yang penting mesej tercapai semasa berQSO. Saya rasa di Malaysia sendiri pun bahasa Inggeris hams samada berbangsa Melayu, Cina atau pun India yang berQSO pun bukan semuanya Queen's atau pun King's English. Malah mat salleh di England sendiri pun bercakap bahasa pasar seperti kita semasa berkomunikasi. Sebagai guru di sekolah kita menggalakkan anak-anak murid kita berbahasa Inggeris, tak kira betul ke salah, yang salah diberpetulkan, Kalau nak tahu bahasa Inggeris yang betul kena cakap macam belajar di sekolahlah. Saya sendiri pun bukan pandai sangat berbahasa Inggeris yang betul grammar dengan past tense, present tense, present continiuos tense nya. Di sekolah saya sering berkomunikasi dengan rakan-rakan Cina dan India dalam bahasa Inggeris. Mereka tak ketawa pun apa yang kami perkatakan jika membuat kesilapan. Ini kelemahan kita sikap malu mencuba. Yang penting kita berkomunikasi serta terus belajar dan mencuba. Kita orang kampung yang bercakap bahasa loghat daerah bukan orang bandar yang terdedah kepada penggunaan bahasa Inggeris sejak kecil atau pun orang lama yang sistem pendidikan berbahasa Inggeris. Bahasa apa pun kalau tak dipraktik tak kan dapat dikuasai dengan baik. Itulah kebaikan bermain radio, lama kelamaan kita akan jadi macam penarik beca di Pulau Pinang yang pandai berbahasa Inggeris. Jika nak tunggu mahir bahasa Inggeis baru boleh berQSO di HF, kita kena suruh rakan-rakan hams di negara lain tadi jangan main HF lah. HF hanya untuk orang yang berbahasa Inggeris dengan betul saja. Biarlah orang nak kata apa, seperti yang saya katakan di awal tadi. Manusia diberi Tuhan pelbagai fikiran dan tingkalaku. Kita tak boleh mengawal pemikiran dan tingkahlaku orang lain, cuma kawallah apa yang kita milik dan sentiasa bersikap positif dan bersangka baik. Ingat UHF,VHF dan HF adalah untuk semua orang.
CW -KOD MORSE
Setelah mula ber QSO di HF teringin pula saya untuk tingkatkan tahap lesen dan kemahiran saya dari kelas 'B' ke kelas 'A' (ini azam saya). Saya ingin belajar dan mempraktik CW -Kod Morse pula. Saya pernah menduduki ujian CW bulan Mac yang lepas untuk melihat sendiri bagaiman ujian itu dijalankan (gagal ujian). Insyaallah satu hari nanti saya berazam akan lulus dalam CW. Ini adalah satu lagi peningkatan yang saya ingin capai dalam bidang hams radio. Saya tahu pelbagai komen yang diperkatakan tentang CW ini, namun bagi saya ia adalah satu ilmu baru yang harus dipelajari dan selaras dengan kerjaya saya sebagai seorang guru. Ilmu Allah Ta'ala tak kan habis dituntut sehingga ke liang lahad. Bagi rakan-rakan kelas 'B' (9w2,9w6,9w8) sama-samalah kita belajar ilmu baru dan fenomena baru dalam HF. Itupun bagi yang berminat dan sebagai seorang guru saya amat menggalakkan semua orang mencuba ilmu baru ini.
Akhir kata saya berdoa semoga rakan-rakan ham's kita terus bersatu atas semangat ham's, merapatkan ukhuwah di samping mempertingkat ilmu kita.
"SELAMAT MAJU JAYA SEMUA RAKAN HAM'S"

Friday, November 12, 2010
AKTIVITI BERSAMA HAM'S
PAMERAN HAM'S SK PTG. BERTAMA KEPALA BATAS
6.11.2010
BERSAMA RAKAN HAM'S PERLIS DI JAMBORI PENGAKAP THAILAND 2007
DI AMPANGAN BERIS
BERBUKA PUASA RAKAN KEPALA BATAS
9W2ZAJ DAN 9W2TB
BERSAMA BOSS R1 TRADING, SINGAPORE
BERBUKA PUASA DENGAN RAKAN HAM'S BALING 2008
BENGKEL ANTENA DI KUALA KETIL
BENGKEL RAE KEPALA BATAS
BERBUKA PUASA DI BALING 2008
BENGKEL HF KEPALA BATAS 2009
PENCERAMAH 9M2HNY
BERBUKA PUASA ASTRA PUSAT 2007
BENGKEL HF
BENGKEL HF
Thursday, November 11, 2010
Selepas mula gila main radio, aku mula mencari rakan-rakan ham's di kawasan Kepala Batas. Sekitar tahun 2005 ramai orang lama ham's Kepala Batas tidak lagi aktif, Sekitar tahun 2008 ramai operator ham's baru berlesen lahir di Kepala Batas. Maka kami pakat-pakat cadangkan penubuhan Komuniti Ham's Kepala Batas (145.400) Sejak itu Rakan Ham's Kepala Batas telah bergerak aktif dengan pelbagai aktiviti.
BASE DAN TOWER TELESCOPIC- 9W2MSO
Tower telescopic - 60 kaki
Antena HF- Delta Loop, G5RV dan Vertical
Rakan- rakan Ham's Kepala Batas kata "Tower Ais Kacang"
Pusing aje, naik le dia. Di atas serba antena ada
\
Atas sekali antena VHF/UHF V2/4 dan Collinear
Inilah hasil homebrewku, menara yang berdiri tegak dah 4 tahun, dibuat sikit-sikit. Ambil masa 3 bulan nak welding. Akhirnya berjaya gak. Dinaikkan bersama rakan-rakan secara manual tanpa kren. Puas juga nak naikkannya. Satu kepuasan melihat tower dengan serba antena homebrewku. Gile radio punya pasal. Samalah dengan orang yang gile pancing, gila motor, gila burung, gile ayam katek dan macam macam gile. Habis duit dibuatnya. gile... gile.